
Yusworkshop & Services telah ditubuhkan pada pertengahan bulan Jun 2011. Bengkel ini terletak di 25, Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor dan telah beroperasi selama 8 tahun dalam bidang automotif. Bengkel ini telah didaftarkan di bawah syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran iaitu JM0644825M.
Pada tahun 2011, bengkel ini diberi nama Yusworkshop & Tyres dan mempunyai 3 orang rakan kongsi iaitu Encik Ramli Bin Haron, Encik Lutfi Bin Ahmad dan Encik Mohamed Nusi Bin Abdul Rahman tetapi pada awal tahun 2013, bengkel ini telah bertukar nama menjadi Yusworkshop & Services dan telah diuruskan sepenuhnya oleh Encik Mohamed Nusi Bin Abdul Rahman selaku pengurus Yusworkshop & Services serta beberapa orang kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang automotif dan juga bidang pengurusan supaya dapat melaksanakan kerja-kerja dengan lebih berkualiti dan efektif.
Seterusnya, bengkel ini juga mempunyai beberapa orang pekerja yang mahir dalam bidang automotif. Dengan kemampuan dan pengalaman yang telah diperolehi ini sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan kerja-kerja yang terdapat di bengkel mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Matlamat bengkel ini adalah untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada para pelanggan dalam kualiti kerja pada bidang automotif disamping menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik kepada pelanggan. Bengkel ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan yang ditawarkan supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan selain dapat meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik.
Yusworkshop & Services menggunakan YWS sebagai jenama kepada perkhidmatan yang telah disediakan seperti YWS Automotive, YWS Car Carrier dan YWS Car Rental. Pada 2021, bagi melancarkan lagi urusan perniagaan kami, kami telah mendaftar di bawah Akta Syarikat 2016 iaitu YWS RESOURCES SDN BHD.