
Feb 25, 2023
Nak servis kereta sebelum pulang ke kampung?
.
Dapatkan minyak hitam Petronas Syntium yang bermutu di outlet Petronas Autoexpert @ YWS Automotive.
.
Berikut checklist apa yang perlu pemilik setiap kenderaan ambil tahu dan cakna sebelum memulakan perjalanan jauh.
.
✅Periksa cecair pelincir dll
Periksa minyak engine, minyak gear, power steering, minyak brek, air wiper.
✅ Periksa engine coolant
Pastikan kereta anda tidak overheat. Periksa keadaan hose dan level air coolant.
✅ Periksa brek
Pastikan brek pad dalam keadaan yang baik supaya dapat menghentikan kenderaan anda dengan selamat.
✅Periksa tayar
Periksa thread/jalur tayar. Pastikan tidak menggelembung atau haus. Pastikan isi angin tayar dengan mencukupi.
✅Periksa bateri
Sekiranya anda mahu, kereta anda dihidupkan dan semua sistem elektrik berfungsi dengan baik, pastikan bateri anda diperiksa, sekiranya tidak ok, gantikan atau caj.
✅Periksa belting dan hoses
Part yang diperbuat dari getah seperti hoses dan belting mudah terdedah kepada haba dan menyebabkannya menjadi rapuh. Periksa belting dan hos supaya tiada benjolan atau rekahan.
✅Periksa sistem aircond anda
Pastikan aircond anda dalam keadaan sejuk. periksa air filter sekiranya kotor.
✅Periksa wiper.
Pastikan blades wiper anda dalam keadaan elok supaya boleh berfungsi dengan baik sewaktu hujan.
✅Periksa tingkap dan cermin.
Pastikan tingkap dan cermin kereta anda dalam keadaan bersih supaya memudahkan penglihatan anda sewaktu memandu.
✅Periksa lampu dan signal
Pastikan mentol signal dan lampu berfungsi dengan baik.
Sebarang pertanyaan atau booking untuk servis boleh hubungi nombor dibawah:
1. +6012-767 2790
2. +6011-2600 0687
3. +6011-2096 2724
Terima kasih kerana mempercayai servis kami 😁😁😁